FIQH WANITA (JENIS JENIS DARAH)
Umum mengetahui bahawa terdapat tiga jenis darah yang keluar dari kelamin wanita iaitu darah haid, darah nifas dan darah istihadah. Hal ini betepatan dengan matan Taqrib yang disebut Syekh Abu Syuja' iaitu :
ويخرج من الفرج ثلاثة دماء دم الحيض والنفاس والاستحاضة
Maksudnya : Artinya, “Darah yang keluar dari kelamin wanita ada tiga: darah haid, darah nifas, dan darah istihadhah.”
Dari ketiga tiga jenis darah itu, dua daripadanya iaitu haid dan nifas adalah darah yang keluar sebagai proses kerja normal fungsi seksual wanita. Boleh dikatakan bahawa keluarnya darah ini menunjukkan keadaan yang fisiologis bagi tubuh wanita.
Apa itu darah haid?
Darah haid diartikan sebagai “darah yang keluar dari kemaluan perempuan, dalam kondisi sehat, bukan disebabkan melahirkan”
Darah haid atau darah menstruasi ini merupakan mekanisme terkait kerja hormonal dalam tubuh, dan muncul dalam siklus rutin. Berdasarkan keterangan fiqih, masa haid ini umumnya terjadi enam sampai tujuh hari. Lalu sedikitnya masa menstruasi ini adalah sehari semalam, dan paling lama lima belas hari. Keluarnya darah ini dikarenakan meluruhnya dinding rahim yang dipicu oleh kerja hormon dalam tubuh, terutama hormon estrogen dan progesteron, berkaitan dengan produksi sel telur. Masa haid ini akan berakhir, sebagaimana dalam keterangan medis, ketika seorang perempuan telah mencapai masa menopause yang mana fase produksi sel telur (ovum) oleh organ ovarium telah berhenti.
Kemudian, darah selanjutnya adalah darah nifas. Darah nifas ini adalah darah yang keluar setelah proses melahirkan. Dalam keterangan medis, masa nifas ini disebut dengan masa puerpurium, dan darah yang dikeluarkan disebut lokia. Umumnya, sebagaimana disebut dalam Safinatun Najah maupun Fathul Qaribil Mujib, umumnya darah nifas keluar selama 40 hari. Paling sedikitnya adalah sekejap saja, dan paling banyak selama enam puluh hari. Dalam berbagai literatur medis, umumnya masa nifas terjadi selama empat sampai enam atau tujuh pekan.
Selanjutnya adalah darah istihadhah. Berikut definisinya menurut matan Taqrib:
والاستحاضة هو الدم الخارج في غير أيام الحيض والنفاس
Artinya, “Darah istihadhah ini adalah darah yang keluar di luar masa rutin haid, serta bukan disebabkan setelah melahirkan.” Ia bisa keluar sewaktu-waktu, serta dalam syarah Kifayatul Akhyar misalnya, disebutkan sebab penyakit. Perempuan yang mengeluarkan darah istihadlah ini tetap memiliki kewajiban untuk berpuasa, shalat, dan berwudhu ketika hendak shalat, thawaf, atau memegang mushaf. Ia berstatus sebagaimana orang berhadats kecil. Demikianlah tiga jenis darah kewanitaan yang dijelaskan oleh fiqih Islam. Seiring perkembangan ilmu, tentu jenis-jenis darah kewanitaan ini bisa dijelaskan secara medis. Perkara darah ini penting diketahui kaum perempuan Muslimah karena berkaitan erat dengan kebolehan dan keabsahan suatu ibadah. Wallahu a’lam.
Sebarang persoalan mengenai fiqh darah wanita akan kami muat naik dari semasa ke semasa. Kami merujuk kepada buku "Soal Jawab Fiqh Darah Wanita" daripada Syeikh Abu Usamah Hanafiah Bin Hussein sebagai rujukan utama. Anda juga boleh mendapatkan buku tersebut di kedai kedai buku berdekatan! Di sini saya lampirkan muka depan buku tersebut untuk rujukan semua.
Comments
Post a Comment