DIVA SOLEHAH
BAHAGIAN PERTAMA: PESONA DIVA SOLEHAH
KECANTIKAN WAJAH
- Solekan pada wajah
Pelbagai alat dan jenama barangan kosmetik yang wujud di pasaran pada hari ini. Lambakan yang wujud pada hari ini semata-mata memenuhi permintaan pasaran semasa. Pelbagai jenis dan kegunaan alat kosmetik yang wujud, antaranya bedak putih, pemerah pipi, gincu dan sebagainya.
![]() |
Contoh beberapa alatan makeup |
Para ulama berpendapat bahawa wanita yang menggunakan mana-mana alat dengan tujuan bersolek dan berhias, seterusnya mempertontonkan di hadapan lelaki ajnabi, maka hukumnya haram. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut ditegah oleh Allah dalam firman-Nya:
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ
Ertinya: Dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (Surah Al-Ahzab 33:33)
Sheikh al-Qaradhawi menyebut. "Hal itu termasuk alat-alat solek (make-up) dan warna-mewarna yang biasanya dipakai kaum wanita pada zaman kita sekarang. Seperti pada kedua-dua belah pipi, bibir, kuku dan seumpamanya. Semua ini dikira berlebih-lebihan yang patut diingkari dan dibolehkan memakainya jika perlu ketika di dalam rumah sahaja.
Oleh yang demikian, apabila seseorang wanita menggunakan alat kosmetik, maka wanita tersebut tidak harus mendedahkan dirinya di hadapan lelaki ajnabi. Jika ia melakukannya juga, maka ia telah melakukan dosa kerana telah mengingkari suruhan Allah.
Namun, kami juga ada memetik jawapan daripada laman web Mufti Wilayah berkaitan isu ini. Berikut merupakan jawapan beliau :
"Kami berpandangan sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat menekankan soal kekemasan dan kecantikan. Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan hanyalah kepada suaminya sahaja."
Di sini kami mengempilkan link laman web tersebut untuk rujukan semua : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4109-irsyad-al-
Comments
Post a Comment